Lirik Lagu Eh Zizi Kirana
Rambut Sendiri Sikat
Kusut Lama Tak SihatBagaimana Dengan Kamu?
Sendiri Boleh Kira
Meroyan Itu Gila
Tanya Diri Sampai Bila
Nak Jaga Tepi Kain Aku?
Sakit Hati Semua Nak Luah
Banyak Sudu Sampai Tak Cukup Kuah
Hati Hitam Boleh Tutup Dengan Jubah
Kecam Orang Lain Sendiri Tak Nak Ubah
Eh, Eh, Eh, Te-ne-ne-net
Eh, Eh, Eh
Mari-mari Membawang
Pasang Telinga, Pasang
(Kau Ada Citer?) Aku Ada Citer
Mari Kita Berdagang
Asah-asah Lidah
Usah Susah Natijah
Buka Tutup Telinga, Mulut, Eh
Kita Hebahkan Ghibah
Zizi Itu, Zizi Ini
Dulu Suka, Sekarang Benci
Makin Banyak Kena Lanyak
Bila Zizi Keluar TV
Beras Dapur Engkau Takkan Jadi Nasi Aku
Jadi Iri Hati Engkau Bukan Sakit Hati Aku
Sakit Hati Semua Nak Luah
Banyak Sudu Sampai Tak Cukup Kuah
Hati Hitam Boleh Tutup Dengan Jubah
Kecam Orang Lain Sendiri Tak Nak Ubah
Eh, Eh, Eh, Te-ne-ne-net
Eh, Eh, Eh
Mari Kita Kecam
Cerita Hangat Semalam
Si Dia Tu, Si Dia Ni, Si Fulan
Resam Kita Lepaskan Geram
Bisik, Bisik, Bisik
Bukan Sikit-sikit
Tak Payah Risik, Risik
Kisah Kelambu Terkeluar Bilik
Dia Ini, Dia Itu
Takde Segan, Hilang Silu
Yang Ni Bini, Skandal Situ
Yang Tu Putus Haru-biru
Suruh Laki Engkau Tolong Jangan Follow Aku
(Kenapa?) Sebab Tu Laki Engkau Itu Bukan Jodoh Aku
Sendiri Mahu Ingat
Rambut Sendiri Sikat
Kusut Lama Tak Sihat
Bagaimana Dengan Kamu?
Sendiri Boleh Kira
Meroyan Itu Gila
Tanya Diri Sampai Bila
Nak Jaga Tepi Kain Aku?
Sakit Hati Semua Nak Luah
Banyak Sudu Sampai Tak Cukup Kuah
Hati Hitam Boleh Tutup Dengan Jubah
Kecam Orang Lain Sendiri Tak Nak Ubah
Eh, Eh, Eh, Te-ne-ne-net
Eh, Eh, Eh
Zizi Masih Kat Sini (ada Lagi)
Masih Lagi Berdiri (wow)
Masih Cukup Rezeki
Jemput Makan Hati (ha, Jemput, Jemput)
Tak Cukup Asam Garam
Kau Masih Tak Tenteram
Tak Tahan Tengok, Pejam
Kalau Hasad Sila Kecam (kecam-kecam)
Kecam Sampai Lebam
Kita Kecam (kecam)
Kecam Sampai Lebam
Kita Kutuk (kutuk-kutuk)
Kutuk Sampai Besok
Kita Kutuk (kutuk)
Kutuk Sampai Besok (hei)
Sakit Hati Semua Nak Luah
Banyak Sudu Sampai Tak Cukup Kuah
Hati Hitam Boleh Tutup Dengan Jubah
Kecam Orang Lain Sendiri Tak Nak Ubah
Eh, Eh, Eh, Te-ne-ne-net
Eh, Eh, Eh
post a comment