Lirik Lagu Tujuan Yonnyboii
Tunjukkan 'ku Jalan Untuk Terus Maju Ke Depan
Tanpa Hala Tuju Aku SesatSumpah Aku Penat, Aku Berpikul Walau Berat
Beri ′ku Tujuan Untuk Terus Jalan
Maju Ke Hadapan
Walau Penat, Oh Walau Berat
Langit Tak Pernah Biru
Suasana Kelabu
Bekalkan Mata Telinga Membuta, Jiwaku Selalu Diganggu
Tertanya Waras Tak Aku?
Jawaban Tak Pernah Tentu
Soalkan Diri Sendiri Selalu Kerna 'ku Selalu Cemburu
Apa Yang Kau Ada?
Hanya Takut Kurang
Tak Tahu Ke Mana Jika Habis Ulang
Tak Mahu Kata-kata
Aku Mahu Dulang
'Ku Nak Yang Berisi Bukan Hanya Tulang
Bagi ′ku Tujuan
Tunjukkan ′ku Jalan Untuk Terus Maju Ke Depan
Tanpa Hala Tuju Aku Sesat
Sumpah Aku Penat, Aku Berpikul Walau Berat
Beri 'ku Tujuan Untuk Terus Jalan
Maju Ke Hadapan
Walau Penat, Oh Walau Berat
Walau Kaki Dah Penat Berjalan
Masih Lagi Kubina Jambatan Untuk Dijalani
Demi Generasi Yang Bakal Alami
Apa Kualami Untuk Ke Sempadan
Aku Nak Tunjuk Dalam Penat Lelah Ada Senyuman
Tak Perlu Sorokkan
Gembira Tunjukkan
Sedih Berpautan, Yeah
Apa Erti Hidup
Tanpa Ada Makna
Apa Erti Aku?
Aku
Bagi ′ku Tujuan
Tunjukkan 'ku Jalan Untuk Terus Maju Ke Depan
Tanpa Hala Tuju Aku Sesat
Sumpah Aku Penat, Aku Berpikul Walau Berat
Beri ′ku Tujuan Untuk Terus Jalan
Maju Ke Hadapan
Walau Penat, Oh Walau Berat, Yeah
post a comment