Lirik Lagu Jangan Risau Hacktick!
Bersarang Dalam Kamar Gelap Ini
Terus Memaki Diri, Fobia Dengan RealitiSampai Bila Mahu Begini?
Aku Perlu Berdiri Di Atas Kaki
Dan Mulakan Intradiri
Aku Tenung Ke Dalam Mataku
Berteriak-pesan Kepada Aku
"Hey, Budak! Kau Akan Okay"
Ingat Korus Ini
Walau Apa Terjadi Didunia Ini
Aku Akan Okay, Aku Akan Okay
Selagi Aku Ada Dirimu, Aku Tahu
Aku Akan Okay, Aku Akan Okay
Masih Aku Ingat Pesan Ash
"Memang Kita Buat Salah"
"Tapi Jangan Pernah Salahkan Diri Kita"
Dan Pujangga Merah Bermadah
"Saya Teringin Tengok Awak Sayang Awak"
"Macam Awak Sayang Saya"
Memang Hidup Kadang Dan Selalu Sukar
Terkoyak Semua, Dicerai Bakar
Tidak, Ini Bukan Satu Rungutan, Cuma Sealun Ingatan
Cuba Dan Cuba Teruskan Hidup Yang Terselit Indahan
Dan Aku Tak Dikurnia Senang Dan Harta
Namun Masih Diselimut Suaman Cinta
Daripada Sejumlah Adiwira Manusia
Dan Sang Pencipta, Pemberi Asa
Teruskan Saja Dan Jalan Lagi
Ingat Korus Ini
Walau Apa Terjadi Didunia Ini
Aku Akan Okay, Aku Akan Okay
Selagi Aku Ada Dirimu, Aku Tahu
Aku Akan Okay, Aku Akan Okay
Dalam Peti Surat Depan Rumah Ada Sekeping Surat
Untuk Aku Daripada Aku, Katanya
"Wahai Cinta, Wahai Sayang"
"Jangan Pernah Lagi Kau Hilang"
"Aku Ada, Tuhan Ada, Mereka Ada"
"Buat Hari Kau Terang"
"Yang Lalu Jangan Kau Kenang"
"Yang Kelak Jangan Kau Bimbang"
"Hiduplah Dalam Sekarang"
"Tulis Hikayat Hidupmu Dengan Tenang Dan Senang"
Cuba Hidup Sebelum Ku Mati (aku Akan Okay)
Merangkak Kalau Tak Dapat Lari (aku Akan Okay)
Walau Apa Pun Yang Kan Terjadi (aku Akan Okay)
Aku Tahu, Aku Akan Okay (aku Akan Okay)
Cuba Hidup Sebelum Ku Mati (aku Akan Okay)
Merangkak Kalau Tak Dapat Lari (aku Akan Okay)
Walau Apa Pun Yang Kan Terjadi (aku Akan Okay)
Aku Tahu, Aku Akan Okay (aku Akan Okay)
post a comment